بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Thursday, 30 August 2012

Tak Banyak Ilmu Tapi ISTIQAMAH....


Ada satu kisah den nak share bersama iaitu tentang kisah seorang wanita berumur yg tidak banyak ilmu tp istiqamah mengamalkan ilmu yg dia ada…Al-kisahnya begini , seorang wanita tua yg den selasa menggelarnya sebagai nenek la ehh (senang cikit..).. selalu solat berjemaah di suatu masjid pada setiap waktu zohor…yang menariknya, seusai menunaikan solat zohor, nenek nie bukan saja tak meninggalkan masjid bahkan dia pergi ke halaman dan mula membersihkan daun-daun yang berselerakan di halaman masjid…

Nenek tue jugak tidak menggunakan penyapu atau alat-alatan lain untuk membersihkan halaman masjid..nenek tue hanya memunguti daun-daun itu satu demi satu dengan pelahan-pelahan dan seperti sambil menikmati setiap helai daun yang dipungutnya tanpa mempedulikan panasnya terikan matahari.

Setelah sekian lama, kisah nenek nie menjadi perbualan ajk masjid kerana malu barangkali kerana nenek yang mcmtu saja sanggup membersihkan halaman..inikan pula anak muda yang tidak sanggup…ataupun sebab mereka kasihan melihat nenek tue berpanas-panasan untuk membersihkan daun-daun yang berselerakan..kata sepakat pon diambil oleh mereka bahawa halaman masjid harus bersih setiap hari sehingga nenek itu tak perlu lagi membersihkannya dan beristirehat…

Keesokkan harinya, nenek tu datang solat spt rutinnya n kemudian beranjak ke halaman masjid..setibanya dia di halaman masjid, nenek itu terkejut kerana halaman masjid telah bersih..tiba-tiba dia menangis dan bersedih sekali…keadaan nenek itu membuatkan orang-orang bertanya-tanya “Bukankah halaman sudah bersih ? “..

Pak ustaz pon menemui nenek tu untuk mengetahui apa masalahnya..setelah berbincang, pak ustaz memerintahkan untuk membiarkan halaman menjadi seperti biasa (tidak dibersihkan) dan beri kesempatan kepada nenek itu membersihkannya…ALASANYA ? pak ustaz berkata “ si nenek memintanya untuk merahsiakan alasan si nenek sampai nenek itu meninggal dunia…

Dari masa ke semasa, nenek tue pon menemui Sang Penciptanya Yang Maha Berkuasa..pak ustaz pon menceritakan apa yg terjadi..ketika ditanya kenapa nenek itu bersedih melihat halaman yg sudah bersih, sedangkan dia bole beristirehat tanpa perlu membersihkan daun-daun ditengah kepanasan matahari..nenek itu berkata “ pak ustaz, saya ni hanya nenek tua yg tak punya ilmu. Saya hanya dapat beramal sedikit saja yang saya tahu ilmunya. Sedikit amal itu diantaranya adalah memungut daun, helai demi helai dan setiap satu helai saya membaca selawat untuk Rasulullah SAW sampai halaman bersih dan tak ada lagi daun-daun berselerakan..saya hanya berharap dengan selawat itu, Rasulullah SAW berkenan memberikan syafaat ketika di hari kiamat kelak. Jadi izinkanlah saya untuk memungut daun-daun itu setiap hari..”

SubhanaAllah…

Seperti nenek itu yang berusaha ingin selalu berselawat  dengan pelbagai cara (memungut daun)…jadi, bagaimanakah cara kita untuk selalu berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW….? Bukankah kita juga impikan syafaat Rasullullah SAW ? Tepuk dada Tanya iman…. Allahumma Shalli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad…

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Saturday, 25 August 2012

7 Macam Pahala

    Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya  yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

       Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday, 17 August 2012

Solat sunat Aidil Fitri

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun dilapangan yang terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
.

A.  Tujuan

Tujuan bersolat pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT  kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.

B.  Lafaz Takbir Hari Raya:

Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


C.  CARA SOLAT AIDIL FITRI
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
.
1.  Niat:
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
.
.

D.  Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

.
1.  Pada rakaat pertama:
a.       Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir  (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:
.
b.     Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

2.  Rakaat ke-dua:
a.      Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b.     Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-2.

E.  Khutbah Solat Aidilfitri

Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
1.     Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.
Diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

F.  Perempuan

Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

G.  Adab Solat Aidilfitri
    1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
    2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
    3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
    4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
    5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
    6. Membanyakkan membaca takbir, tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
    7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
    8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka solat Jumaat menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jumaat.

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~