بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday, 16 April 2019

Pendengki

Orang yang berdengki sering sakit sendiri,
Cuba menyakiti tapi diri tersakiti.

Orang yang didengki teguh berdiri,
Tanpa sedikit menyedari,
Dia sedang diperhati benci.

Jadilah si pendengki rosak di hati,
Bathin merana tidak terperi,
Penyakit dzahir pula menyusuli,
Lantaran dada sering berdegup kencang.... tanpa henti!!!!

lupakah diri, yang  berdengki?
Bahawa Allah sedang memerhati?

"...dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan"
QS ali Imran : 140

Rugi hidup kalau dengki jadi sahabat sejati
😑

Monday, 11 March 2019

Nasihat dari kakak

Bila orang tak suka, hisab diri...
Dah nampak apa yang tak betul, perbaiki semaksimanya.
Kita manusia bukan sempurna kejadiannya.
Insya Allah kita akan jadi lebih baik dari sebelumnya...
Kita kan belajar dari kesilapan
😁

Orang nak terus benci, itu sebab hati merekalah
😅
Hati yang indah akan pandang semua cantik
Hati yang kelabu pandangannya berjerebu
😆

Jadi,
Usah sakit kepala
😂

Orang tak nak kawan...
Suka dialah
Barangkali kita bukan kawan yang baik untuknya
Yang penting kita:
Terus berdoa dalam diam untuknya.

Eeehhhhhh...
Macam budak²lah awak ni
🤣

Sekian.

Dariku untukmu...
Dahhhhhh
Jangan citer² lagi bab² orang tak nak kawan ni
🤣🤣
Tolak aura negatif ok
👍
Good girl!!!!
😘

Friday, 17 August 2018

Sulitnya

Setelah sekian lama aku melupakan kamu,
Kini bayang2 kamu menjelma lg,
Bertapa sakitnya hati aku,
Mengenangkan kisah ini.

Walau bertahun berlalu,
Aku merasa baru sebentar tadi.
Bagai dihimpit pintu,
Hati berdarah kembali.

Bagaimana bisa aku melenyapkan kamu,
Jauh dr diri terdiri lg terperi.
Kian aku melarikan diri,
Ada saja yg terjalin tanpa aku ingini.

Perasaan benci sudah tertanam sebati,
Sulit aku menghindari,
Bisakah benci di ganti,
Dengan kasih x terperi ?

Aku hanya manusia biasa,
Tak punya maqam atau apa saja,
Aku manusia byk dosanya,
Harapan ku semuanya berlalu saja,
Tanpa disesali walau seketika.