بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Thursday, 24 December 2015

Hikmah Doa

Basyar bin Ghalib tlh bermimpi akan rabiahtul adawiyah...rabiatul memberitahu kpdnya bahwa dia tlh dibawa talam2 berupa nur yg ditutupi kain sutera putih....hal tu kerana, basyar byk mendoakan utk rabiatul adawiyah....

sabda Rasulullah saw, setiap mayat di dlm kubur ibarat karam di dlm air...mereka minta dilepaskan..mereka menanti doa2 dr org yg masih hidup iaitu keluarga, sahabat taulan n sbgnya....sebaik- baik hadiah bg mayat adalah DOA & ISTIGHFAR...
.
Guru ckp 1 al fatihah org yg hidup hadiahkan bg byk mayat, Allah akan sampaikan kpd si fulan berupa nur yg diletak dlm talam ditutupi kain sutera putih...
.
maka, bykkan la kita berdoa utk mereka...jgn plak kata doa kita tak sampai kpd mereka...DOA yg x sampai tu bila kita amik upah dr family mereka utk mendoakan mereka...

Hikmah Selawat

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kpd jujungan kami, Muhammad, sang pembawa  dan penyampai kabar gembira kpd org2 yg berselawat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

Telah berkata Al Faqih As samarqandy :jika engkau mahu mengetahui bahawasa nya selawat ke atas NABI s.a.w itu ialah sebaik-baik ibadat dari sekalian ibadat yg lain,maka Lihatlah dan Fikirkanlah di dalam Firman Allah s w.t di dlm Al Quraan.. (قول الله سبحانه تعالى : إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما yg bermaksud; ( Firman Allahs..w. di dalam Al Quraan :sesungguh nya Allah dan Para malaikatnya berselawat ke atas Nabi,Wahai orang² yg beriman! Berselawat lah kamu dan ucapkan lah Salam dengan penuh kehormatan kepada nya)-Surah Al Ahzab ,ayat ke 56-

Maka di dalam sekalian ibadat itu di perintah kan oleh Allah s.w.t ke atas hamba²NYA untuk meraka beribadat kpd- NYA, akan tetapi Selawat ke atas kekasih Nya Nabi Muhammad s.a.w ... sesungguhnya Dia(s.w.t )Telah berselawat ke atas nabi dgn diri NYA dahulu dan memerintah kan para malaikat Nya agar berselawat ke atas Nabi s a.w kemudian di perintah kan ke atas orang² yg beriman untuk berselawat ke atas Nabi s.a.w ...maka dgn ini termaktub lah bahawasa nya Selawat ke atas Nabiitu adalah sebaik -baik IBADAT...*اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد...* صلوا على النبي!!!‫#‏الله‬أعلم

Sunday, 20 December 2015

Hikmah SABAR

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kpd jujungan kami, Muhammad, sang pembawa  dan penyampai kabar gembira kpd org2 yg SABAR (dlm menghadapi musibah), sebagaimana firman Allah SWT :

Al-Baqarah:155 - Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: Al-Baqarah: 156 (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Al-Baqarah:157 - Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Al-Mu'minūn:111 - "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".