بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday, 16 March 2014

Salahkah kita diuji?

Teringat akan tingkah
Hati menjadi sakit
Begitu sekali teruknya
Hingga tak terdaya bertentang mata...

Terkenang kisah di zaman Rasulullah saw
Seorang raja yang melakukan dosa
Bersungguh mahu bertaubat
Lalu berjumpa Baginda
Dengan ucapan kalimah syahadah
Berimanlah sang raja

Dhiatul qalbi nama sang raja
Sentiasa menangis dihadapan Baginda
Lalu dipujuk menceritakan dosanya
Namun sang raja menyatakan dosanya terlalu besar

Baginda memujuk adakah ia lebih besar dr gunung? dari 7 petala langit n bumi? Dr  arasy n kursi Allah?
Sang raja tetap menyatakan dosanya lebih besar lagi...

Lalu sang raja menyatakan bahwa dia telah membunuh 70 org anak perempuannya
Sbg usaha tidak mahu menantu..
Menangislah dia dihadapan Baginda

Ditanya kpd Baginda
Apakah aku perlu lakukan utk menebus dosaku?
Jika Allah mahu aku bunuh diri sbg penebus dosa, maka aku akan lakukan..

Saat itu turunnya jibril a.s memberitahu kpd baginda bahwa Allah telah mengampunkan semua dosa sang raja setelah dia mengucapkan kalimah syahadah

Lalu menangislah baginda
Hanya sekali ucapan kalimah syahadah
Diampunkan segala dosa sang raja

Bertanya jibril a.s
Mengapakah baginda menangis
Baginda menyatakan bahwa bagaimanakah umatnya yg sentiasa menyebut kalimah syahadah
Ampunkanlah dosa-dosa mereka ya Allah...

Nota : apa yg perlu dilakukan utk menebus dosa? Adakah Allah akan ampunkan dosa2 yg aku lakukan? Allahu Akbar...

Wednesday, 12 March 2014

CUKUPKAH DENGAN MEMINTA MAAF ?!!!



Bila bicara beserta nafsu
Bila amarah menguasai diri
Bila segala yang dilihat tanpa mata hati
Bila nafsu tidak ditawan
Bila hati dalam tawanan
Bagaikan diri terawang
Dalam dunia kebinasaan
Tanpa menghiraukan segala ancaman
Menghancurkan segala hubungan
Tanpa melihat Allah memandang
Maka, terimalah segala hukuman….

Pemberian maaf tidak memberi kesan
Pada hati yang penuh segala kegelapan
Bagaikan diri diselubungi segala kejahatan
Bagaimanakah kau mahu memulakan perjalanan?

Wahai jiwa, berkuasa kah engkau?
Mampukah kau menahan azab seksaan, kemurkaan Allah?
Kau malu dan bersalah berhadapan dengannya
Tidakkah kau malu dan bersalah dihadapan Tuhan mu?



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday, 9 March 2014

selawat pembuka ( sblm kelas, dh kena baca )




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

.


Ya Allah, tetapkanlah limpahan rahmat kepada Nabi Muhammad
Ya Allah, tetapkanlah limpahan rahmat dan salam kepadanya



Ya Allah sampaikanlah kepadanya sebagai perantara
Ya Allah, khususkanlah kepadanya dengan keutamaan


Ya Allah, anugerahkanlah keridaan kepada sahabatnya
Ya Allah, anugerahkanlah keridaan kepada keturunannya


Ya Allah, anugerahkanlah keridaan kepada para guru
Ya AIlah, rahmatilah orang-orang tua kami


Ya Allah, rahmatilah kami semua.
Ya Allah, rahmatilah semua orang islam


Ya Allah, ampunilah semua orang yang berbuat dosa.
Ya Allah, janganlah Engkau putuskan harapan kami.


Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Mendengar doa kami.
Ya Allah, sampaikan kami ziarah ke makamnya


Ya Allah, sinarilah kami dengan nurnya.
Ya Allah, aku selalu mengharap pemeliharaan dan keamanan-Mu.


Ya Allah, tempatkanlah kami dalam surga-Mu.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari siksa-Mu.


Ya Allah, anugerahilah kematian kami dengan syahid.
Ya AIIah, liputilah kehidupan kami dengan penuh kebahagiaan


Ya Allah, balaslah kebaikan orang yang berbuat kebaikan.
Ya Allah, hindarkanlah dari semua orang yang menyakiti.


Ya Allah, akhirilah kami dengan mendapat syafaat Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, tetapkanlah limpahan rahmat dan salam kepada Nabi Muhammad

~ اللهم صل وسلم وبارك عليه ~