Senyum, menangis, susah, senang, gembira, duka, benci, suka dan sebagainya, adalah antara sifat-sifat kemanusiaan manusia...jadi, persoalannya sekarang "kerana apa kita bersifat dengan sifat-sifat
tersebut?"
Jika kita melihat cara hidup Rasulullah, kita akan tahu bahawa
1) Rasulullah pernah tersenyum, namun senyuman Baginda kerana
Allah.
2) Rasulullah pernah menangis,
tetapi tangisan Baginda adalah penghayatan
keperluan diri kepada Allah
3) Rasulullah pernah bersedih, namun sedih Baginda dengan
penghayatan bahawa ianya menzahirkan kelemahan diri dihadapan Allah s.w.t..
4) Rasulullah pernah marah, namun marah Baginda kerana Allah s.w.t.
Sekarang kita lihat cara hidup kita yang bersifat seperti diatas...Adapun kita, gembira kita pun daripada kelalaian dan bukan kerana Allah, maka bagaimana sedih kita boleh lahir daripada penghayatan kebersamaan Allah dan kerana Allah ?
Nota : Redha dengan ketentuan Allah pun sampai kepada Allah dan yang memberontak terhadap Allah juga kembali kepada Allah. Masalahnya bukan pada sebab yang menyebabkan kita kembali kepada Allah, tapi bagaimana kita ketika kembali kepada Allah. Sebagai hamba atau sebagai pendusta? Kata mencari redha, tapi diri sendiri tidak mampu redha. Tanpa meredhai, bagaimana diredhai?
بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday, 31 March 2013
Saturday, 30 March 2013
Pandangan kaburku
Wahai guru ku….walau pelbagai manusia telah hadir dalam
hidupku dan memberitahu kpd aku tentang jalanmu, namun ia tak pernah ubah
pendirian aku..indeed !..kini aku lebih yakin akan jalanmu itu…. Aku melihat, kamu
1) berfahaman bahawa seseorang wajib mengambil syariat
zahir walaupun batinnya tidak menyerlah.
2) bagi kamu kalo orang yang memberi tumpuan kepada syariat
zahir dan beramal dengannya, ditambah mujahadah, maka itu satu permulaan yang
baik.
3) berpegang kuat syariat zahir tanpa batinnya boleh TAPI klo berpegang kepada syariat batin tanpa zahirnya adalah TIDAK
3) berpegang kuat syariat zahir tanpa batinnya boleh TAPI klo berpegang kepada syariat batin tanpa zahirnya adalah TIDAK
4) tak cenderung dengan pengalaman kerohanian yang
bercanggah dengan kebenaran syariat walaupun sedikit.
5) bagi kamu, pembukaan itu hanyalah ujian ( bole jadi ia dapat mengheret ke tempat azab secara perlahan-lahan)
5) bagi kamu, pembukaan itu hanyalah ujian ( bole jadi ia dapat mengheret ke tempat azab secara perlahan-lahan)
Maka, bagi aku kamu adalah hamba Allah yang mendapat
petunjuk dari Allah dan paling layak diikuti berbanding dengan yang lain-lain(
aku sudi belajar denganmu.). kamu sebenarnya adalah hamba Allah yang telah
diberi bimbingan dan petunjuk yang benar oleh Allah. Allah telah mudahkan serta
membantu kamu dengan kebenaran syariat
dan Allah memberi kamu ganjaran kerana sedaya upaya mengamalkan peraturan
syariat. Kamulah salah seorang golongan yang berbahagia……
Sunday, 24 March 2013
Guru Yang Mursyid
Bila sebut tentang mursyid….ramai yg mahu ada mursyid sendiri tak terkecuali
aku…yup, aku memang mencari mursyid…tapi sampai sekarang tak pernah jumpa2
lagi…hehe….
Sebelum tu, apa itu mursyid? Mursyid adalah seseorang yg membimbing ke jalan
rohani… firman Allah “ Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah
orang yang mendapat petunjuk dan siapa yang dibiarkan-Nya sesat, maka tidak ada
seorang Pemimpin pun yang memberinya petunjuk (Al-Kahf : 17).
Pembimbing ni sebenarnya adalah sahabat rohani kita dan
sentiasa bersama-sama dalam menuju ke hadrat Ilahi demi mencapai
keredhaan-Nya…firman Allah
“Barang siapa mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama-sama dalam deretan orang-orang yang diberikan ALLAH kurnia kepada mereka iaitu Nabi-Nabi, orang-orang yang benar, orang-orang syahid dan orang-orang yang soleh. Adalah sebaik-baiknya bersahabat dengan mereka(An-Nisa ayat 69).

Untuk aku yang nak cari guru, aku kena tengok juga
kriterianya untuk menjadi guru aku….Antaranya :-
1) Kena pilih Guru yang Mursyid (dicerdikkan Allah SWT) bukan dicerdikkan oleh yang lain-lain dengan izin dan redha Allah kerana Allah.
1) Kena pilih Guru yang Mursyid (dicerdikkan Allah SWT) bukan dicerdikkan oleh yang lain-lain dengan izin dan redha Allah kerana Allah.
2) Yang memberi bekas pengajarannya (kalo dia mengajar
berbekas pada aku dan berubah kearah kebaikan) berbekas pengajarannya tue
dengan izin Allah, Biiznillah. Sama macam ustaz kazim cakap… (^_^)
3) Bulat hatinya, kasih kepada Allah. dia giat bergelora
dalam dunia, bekerja hebat dalam dunia, tapi bukan sebab kasih kepada dunia
tapi sbb prestasinya itu adalah sebagai abdinya pada Allah SWT dalam hidupnya.
4) Mengambil ilmu dari “Polan” yang tertentu. Gurunya harus
mempunyai tali yang nyata kepada Allah dan Rasul dengan Silsilah yang nyata.
5) Wajib seorang guru
itu ada ilmu-ilmu syariat yg
benar-benar kuat dan mendalam.
Firman Allah berkaitan dengan seorang mukmin/ mursyid :-
Dan Kami jadikan mereka menjadi ikutan untuk menunjuki manusia dari perintah Kami dengan sabar serta yakin dengan keterangan Kami. ( as-Sajadah, 24)
Dan Kami jadikan mereka menjadi ikutan untuk menunjuki manusia dari perintah Kami dengan sabar serta yakin dengan keterangan Kami. ( as-Sajadah, 24)
Mereka itulah orang yang telah diberi Allah petunjuk,
maka ikutlah Dia dengan petunjuk itu. ( an-Nam, 90)
Wahai kaum Kami ikutlah (kata-katanya) orang yang menyeru
kamu kepada Allah, dan percayalah kepada-Nya, niscaya Allah mengampuni dosamu
dan melepaskan kamu dari pada azab yang pedih. (al-Ahqaf, 31)
Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena
mereka mendapat pimpinan yang benar. (Yasin, 21 ).
Nota : Sekarang setelah aku senaraikan kriteria yg bole jadi guru aku…aku rasa aku dah temui guru itu secara sedar atau tak….dia sentiasa ingatkan aku berpegang teguh pada Al-quran dan sunnah. Banyak juga le dia dah ajar aku secara tak langsung sejak 2 tahun lepas…aku akui yg aku memang byk lalai…tapi persoalannya adalah dia ni ‘guru’ atau ‘kakak’ aku ???.

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~
Subscribe to:
Posts (Atom)