بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Saturday, 3 March 2012

La Haula Wa La Quwwata illa Billah


Dari Abu Musa r.a, dia berkata, “ketika kami sedang bersama Rasulullah saw. Dalam suatu perjalanan, mulailah orang-orang mengeraskan suara mereka dalam membaca takbir lalu bersabdalah beliau, ‘Wahai manusia, rendahkanlah suara kamu sekalian! Kerana kamu sekalian sesungguhnya tidak sedang memohon kepada yang tuli ataupun ghaib, bahkan kamu sekalian sedang memohon kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Mahadekat yang  selalu bersama kamu sekalian.’ Aku pada saat itu berada di belakang beliau sambil mengucapkan “ La haula wa la quwwata illa billah”( Tidak ada daya dan kekuatan kecuali berkat bantuan Allah). Rasulullah saw berkata. ‘Wahai Abdullah bin Qais! Mahukah kamu aku tunjukkan kepada salah satu kekayaan syurga yang tersimpan?’ Aku menjawab,’Tentu, wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda. ‘Iaitu ucapan, ‘La haula wa la quwwata illa billah.” (HR Muslim )

 * Patutlah Sifu selalu pesan banyakan ucap kalimah  La haula wa la quwwata illa billah


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday, 2 March 2012

Makna Kesetiaan

   Satu-satunya orang yang hidup dengan kesetiaan sejati dalam pengertian yang sebenarnya adalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan berjanji akan tetap setia kepada-Nya. Mereka tahu tidak ada apa pun di muka bumi yang lebih berharga daripada memperoleh keredhaan Allah. Ini kerana, meeka tahu bahawa satu-satunya yang patut ditaati ialah Allah Yang Maha Besar. Komitmen orang-orang beriman tercatat dalam QS Al-Ahzab,33:23 "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun ".
   Kesetiaan orang-orang beriman kepada Allah Swt, dilihat dalam kesungguhan komitmen mereka ada Islam. Memang, tidak ada keuntungan duniawi,tidak ada kepentingan material atau lainnya dapat menggoda mereka untuk meninggalkan ketaatan dan kesetiaan mereka keada Allah. Dan tidak ada yang lebih menarik hati mereka kecuali memperoleh redha Allah. Kesetiaan mendorong mereka untuk terus bekerja bagi agama dan melakukan pebuatan baik dengan ghairah, sebagaimana ditegaskan Allah dalam  QS Al-Anam, 6:162 "Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday, 1 March 2012

Tawakal

   Kerana Allah adalah pembuat keputusan, setiap kejadian merupakan anugerah bagi makhuk-Nya ; segala sesuatu yang direncanakan untuk kebaikan agama dan untuk kehidupan orang yang beriman di akhirat kelak. Kaum mukminin dapat merujuk pada pengalaman mereka untuk melihat bahawa ada sesuatu yang bermanfaat bagi diri mereka pada akhir sebuah kejadian. Untuk alasan tersebut, kita harus selalu mempercayai Allah.
   Dia-lah Yang Maha Esa dan Maha Melindungi. Seorang mukmin harus bersikap sebagaimana yang Allah inginkan; memenuhi tanggungjawabnya kemudian berserah diri pada Allah dengan hasilnya.
   “...Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”(QS At-Talaq,65:2-3).


~ Credit to Ku Azmiza :)  Barakallah ~