بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Thursday 30 August 2012

Tak Banyak Ilmu Tapi ISTIQAMAH....


Ada satu kisah den nak share bersama iaitu tentang kisah seorang wanita berumur yg tidak banyak ilmu tp istiqamah mengamalkan ilmu yg dia ada…Al-kisahnya begini , seorang wanita tua yg den selasa menggelarnya sebagai nenek la ehh (senang cikit..).. selalu solat berjemaah di suatu masjid pada setiap waktu zohor…yang menariknya, seusai menunaikan solat zohor, nenek nie bukan saja tak meninggalkan masjid bahkan dia pergi ke halaman dan mula membersihkan daun-daun yang berselerakan di halaman masjid…

Nenek tue jugak tidak menggunakan penyapu atau alat-alatan lain untuk membersihkan halaman masjid..nenek tue hanya memunguti daun-daun itu satu demi satu dengan pelahan-pelahan dan seperti sambil menikmati setiap helai daun yang dipungutnya tanpa mempedulikan panasnya terikan matahari.

Setelah sekian lama, kisah nenek nie menjadi perbualan ajk masjid kerana malu barangkali kerana nenek yang mcmtu saja sanggup membersihkan halaman..inikan pula anak muda yang tidak sanggup…ataupun sebab mereka kasihan melihat nenek tue berpanas-panasan untuk membersihkan daun-daun yang berselerakan..kata sepakat pon diambil oleh mereka bahawa halaman masjid harus bersih setiap hari sehingga nenek itu tak perlu lagi membersihkannya dan beristirehat…

Keesokkan harinya, nenek tu datang solat spt rutinnya n kemudian beranjak ke halaman masjid..setibanya dia di halaman masjid, nenek itu terkejut kerana halaman masjid telah bersih..tiba-tiba dia menangis dan bersedih sekali…keadaan nenek itu membuatkan orang-orang bertanya-tanya “Bukankah halaman sudah bersih ? “..

Pak ustaz pon menemui nenek tu untuk mengetahui apa masalahnya..setelah berbincang, pak ustaz memerintahkan untuk membiarkan halaman menjadi seperti biasa (tidak dibersihkan) dan beri kesempatan kepada nenek itu membersihkannya…ALASANYA ? pak ustaz berkata “ si nenek memintanya untuk merahsiakan alasan si nenek sampai nenek itu meninggal dunia…

Dari masa ke semasa, nenek tue pon menemui Sang Penciptanya Yang Maha Berkuasa..pak ustaz pon menceritakan apa yg terjadi..ketika ditanya kenapa nenek itu bersedih melihat halaman yg sudah bersih, sedangkan dia bole beristirehat tanpa perlu membersihkan daun-daun ditengah kepanasan matahari..nenek itu berkata “ pak ustaz, saya ni hanya nenek tua yg tak punya ilmu. Saya hanya dapat beramal sedikit saja yang saya tahu ilmunya. Sedikit amal itu diantaranya adalah memungut daun, helai demi helai dan setiap satu helai saya membaca selawat untuk Rasulullah SAW sampai halaman bersih dan tak ada lagi daun-daun berselerakan..saya hanya berharap dengan selawat itu, Rasulullah SAW berkenan memberikan syafaat ketika di hari kiamat kelak. Jadi izinkanlah saya untuk memungut daun-daun itu setiap hari..”

SubhanaAllah…

Seperti nenek itu yang berusaha ingin selalu berselawat  dengan pelbagai cara (memungut daun)…jadi, bagaimanakah cara kita untuk selalu berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW….? Bukankah kita juga impikan syafaat Rasullullah SAW ? Tepuk dada Tanya iman…. Allahumma Shalli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad…

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Saturday 25 August 2012

7 Macam Pahala

    Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya  yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

       Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday 17 August 2012

Solat sunat Aidil Fitri

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun dilapangan yang terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
.

A.  Tujuan

Tujuan bersolat pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT  kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.

B.  Lafaz Takbir Hari Raya:

Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


C.  CARA SOLAT AIDIL FITRI
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
.
1.  Niat:
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
.
.

D.  Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

.
1.  Pada rakaat pertama:
a.       Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir  (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:
.
b.     Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

2.  Rakaat ke-dua:
a.      Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b.     Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-2.

E.  Khutbah Solat Aidilfitri

Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
1.     Pada pendahuluan khutbah pertama9 kali takbir.
2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua 7 kali takbir.
Diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

F.  Perempuan

Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

G.  Adab Solat Aidilfitri
    1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
    2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
    3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
    4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
    5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
    6. Membanyakkan membaca takbir, tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
    7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
    8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka solat Jumaat menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jumaat.

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Tuesday 14 August 2012

Kisah bumi dan langit

  Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

   Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

   Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

     Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

    Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 9 August 2012

solat sunat Tahjjud

Solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
 Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Cara mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  Niat solat Tahajjud:
  
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala) Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Surah selepas Al-Fatihah:
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas


3. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:


4.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
5.  Doa Solat Sunat Tahajjud


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Tuesday 7 August 2012

Nafsu yang degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

     Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

    Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

    Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
     Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

* Macam Sifu den ckp "Nafsu tu tak kuat...hati kita jua yg sbnrnya lemah. Nafsu tu hnya tentera,bole je nk bunuh tentera klu tentera tu prjuangannya dia menyeleweng..."

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 2 August 2012

Tentang Kami…

Den pernah ditanye tentang hubungan kami….erkkk….siapa kami tu??? Hehe….
Den ditanye tentang hubungan den dgn my lovely sister…ermm…antara soalannya :-

1) Den sayang kakak tak?
2) Den mesti rapat dgn kakak kan ?
3) Kakak den garang tak ?
4) Kakak den mesti kuat syariat kan ?
5) Kakak den tak ajar ke ilmu tareqat pd den ?

Jawapan den bagi pd yang bertanye…

1)      Den sayang kakak tak ? ermmm….den pon x tau nk jawab mcmne sbb sayang tue complicated sebenarnye…klo cakap tak, menipu plak…kalo kata sayang, den sayang kakak sbb jalan yg dia pilih untuk wasil..

2)      Den mesti rapat dgn kakak kan ?...den x tau makna rapat pd pandangan orang lain..tp bg den, agak rapat juga la…den akan bgtau pd kakak apa yg hati den tergerak nk bgtau padanya..TAPI, ada juga yg den x kongsi dgn kakak…hehe…Yang den bole cakap, den rapat dgn dia sbb Allah…(tujuan den untuk kembali pd Allah n diterima sbg hamba-NYA)…

3)      Kakak den garang tak?...apa den bole kata, agak GARANG juga…tp try kenali dia betui2…kompom akan kata tak garang…sebab kakak den jenis sempoi wooo….TAPI, jgn cari masalah bila langgar hukum ALLAH…bkn kata garang…bole kata gunung berapi nk meletup..hahaha..just kidding (^_^)V.

4)      Kakak den mesti kuat syariat kan ?...soalan nie, payah nk jawab tp setahu den…kakak den nie jenis akan ikut Al-Quran dan Sunnah…so, klo lain2 tue, mmg dia x ikut…den juga di didik untuk ikut Al-Quran dan Sunnah…yup, bole kata kakak den amat menitikberatkan soal syariat…seperti syeikh Qadir Jailani berkata “syariat itu perisai manakala kalimah tauhid itu pedang”.

5)      Kakak den tak ajar ke ilmu tareqat pd den ?...hehe…soalan nie den paling banyak terima…emhem…jawapan den adalah “KAKAK DEN TAK AKAN AJAR APA2 PADA DEN SELAGI SYARIAT DEN TAK KUKUH…”. Lgpun kakak den x mahir bab2 tareqat nie….yg dia tau ikut Al-Quran dan Sunnah…that is my lovely sister and of course I love her…hahaha….Bukan mudah den nak melepasi 1 tahap dan nk muhidkan 1 ilmu yg kakak den ajar…den nie byk lalai dr istiqamah…apa2 pon, walau 1 ilmu yg kakak den ajar…secara rasminya dia adalah SIFU den…(~_^) - didikan akak amat ler sempoi + santai....mcmne den nk jatuh hati pd dia spt mane adik2 dia yg lain jatuh hati padanya...adeyh!



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~